Followers

Tuesday, November 21, 2017

Moga Ku Tahu Syukurku Adalah MilikMu

Pintu dikuak perlahan. Bilik kecil itu tampak luas dengan kesederhanaan susunan perabot di dalamnya. Aku berjalan menuju ke tepi katil. Tanganku pantas mencapai sebuah alQuran tafsir kecil. Walaupun kelihatan lusuh, tetapi masih tersusun kemas setiap helaian muka suratnya yang diselangi nota-nota kecil penuh makna dan kata-kata nasihat.

Mataku terpaku pada sehelai nota yang agak berbeza saiznya. Jelas kelihatan satu peringatan, “Jangan lupa bersyukur hari ini”. Aku memejamkan mata. Mengimbau kembali segala kenangan dan dosa-dosaku.

“Allah… Ampunkan dosa-dosaku. Alhamdulillah atas segala nikmat yang Kau berikan padaku.”
Aku membelek helaian ayat yang berbunyi :

Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku [Al-Baqarah:152]

Dadaku sebak. Sudah benar-benar bersyukur kah aku?

Dua tahun lalu, aku seorang pemudi yang bersemangat mengejar cita-cita. Aku begitu asyik dengan kejayaan-kejayaan dunia yang ingin aku kecapi. Tetapi, aku lupa nikmat dunia itu hanyalah umpama setitis air yang jatuh ke lautan, sedangkan lautan itu adalah seluas-luas nikmat. Ya, aku lupa aku hanya hamba. Aku lupa untuk bersyukur kepadaNya.

Pada petang aku kehilangan ibuku, aku merasa seperti kehilangan seluruh dunia. Ketika itulah aku sedar, aku terlalu angkuh dengan nikmatNya.

Lalu, aku bangkit dengan matlamat baru. Aku ingin mengejar takhta di syurga!
Lapangkan masa untuk mengalun kalamullah dan mendalami maknanya. Tunduk menangis dan mengadu pada yang Maha Esa tentang betapa kita perlukan petunjuk dariNya. Supaya hidup tidak hanya sia-sia dengan dunia yang sementara.

Amalan yang hanya sedikit cuma, justeru aku berusaha menyebarkan bahagia. Aku mahu semua orang merasa bahagia. Aku mahu dunia yang sementara ini menjadi jambatan untuk semua insan bersama-sama menyelami jiwa hamba. Begitu tinggi azam dan impianku.

“Bersedeqahlah!”

Kata-kata yang aku pegang setiap hari.

Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi.

Dan infakkanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kalian menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, (karena) sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik. [Al-Baqarah:195]

Kerana dengan memberi akan membahagiakan. Bahagia sang penerima dan bahagia pada yang memberi juga. Bukankah terlalu banyak perkara yang patut kita syukuri?
Tak usah berhenti memuji Ilahi dibibirmu. Walau tidak mampu mengubah dunia, mengapa tidak hanya diri kita?

Hamasah!


p/s gamba xde kena mengena. saja rindu. kbai

wallahualam

Thursday, September 21, 2017

Semuanya Akan Berlalu

Hari ni tak rasa seperti hari2 biasa yang lain. Emosi aku x menentu sejak 2-3 minggu ni. Bukan x menentu yg macam selalu. Rasa lain sangat... Aku x ketahuan. Paling ketara, aku makin hilang fokus. dan aku banyak lupa benda penting. Ini bukan aku. Aku bukan jenis cepat lupa benda penting dan aku biasanya mmg fokus bila buat something. Aku mula perasan bila kena tegur, kenapa aku tersalah plan weekend trip. Itu mmg rare. Aku siap drive menghala ke event yg sepatutnya diadakan bulan depan. Aku takut. Takut dengan apa yg sedang terjadi kat aku. Mungkinkah kerna terlalu rindu umi?

Usai solat zohor, aku menangis sepuas-puasnya. Surau ofis sunyi mcm biasa. Aku terbayang saat2 remaja dulu. Jadi budak asrama mmg buat aku suka tido. Kerapkali balik kg bercuti, aku luangkan masa utk tido. Aku tertanya-tanya, penatkah umi ? tak penat kah umi menguruskan rumah saban hari sambil menjadi pendidik pada anak-anak murid di sekolah?
Tidak. Jawapan pada persoalanku terjawab kini. Tak penat sbb tahu itu tanggungjwb. Yang paling penting, tak penat sbb sayang. sbb nk bg yg terbaik pada semua. Tak kisah sakit lelah sndiri, tak kisah perit jerih sndiri. Sbb, itulah watak umi.
Aku sedaya upaya menggantikan tempat umi saban hari di rumah selepas umi pergi. Bukan mudah. Aku lebih memahami umi kini. Bagaimana penatnya semalam, hilang serta merta hari ini kerana begitu banyak kasih dan sayang utk terus berusaha memberi yg terbaik pada famili.
Kini, aku sudah bekerjaya. Sedihnya rasa x mampu aku berkongsi dengan umi. Sejak saat itu, aku sedar abi juga menyimpan rasa hati. Menggalas beban seorang diri. Kerana rumah kami kehilangan tiang seri.

Aku menangis semahunya. Mengingatkan saat-saat aku pertama kali mendengar abi menceritakan sakit umi. Dan setiap minggu aku menanti kelas hari Jumaat berakhir, aku memecut pulang pada umi. Hospital tika itu telah menjadi rumah kami. Wad dan seisinya menjadi saksi. Bagaimana peritnya hari-hari menghadap mati. Bagaimana sesaknya dada menahan diri, kami juga menanti waktu untuk pergi dijemput Ilahi. Tika itu, terdetik sekelumit rasa cemburu, kenapa umi? kenapa aku? kenapa kami? kenapa? kenapa hidup ini x seindah mimpi...
Masih segar suara umi bertanya, "Umi juga akan pergi seperti mereka kn?" ya. umi akan pergi. aku akan pergi. kami akan pergi. Semuanya.. akan pergi.
Dan tika umi semakin lemah dalam perjuangannya, petang itu, umi ditolak ke bilik pembedahan. Menggenggam erat sisi katil tanpa kami boleh menemani, umi meminta maaf padaku atas segala kurangnya diri. Aku tak lupa petang itu, abi dan abang masih belum tiba dari solat jumaat, kami berdua bertentang mata menahan pilu, takut.. Terngiang-ngiang pesanan umi, "Bagitahu abi, abang dan adik2, umi mtak maaf salah silap ya"... sayup2 tubuh umi dibawa pergi. Umi melambai lemah. Aku hanya berdiri. kaku.

Aku menangis lagi, mengenangkan tidak cukupnya solat hajatku pada Allah. Tidak cukup doaku meminta padaNya. Kerana aku hamba yg hina, penuh noda. Bagaimana lagi harus aku meminta pada Dia sedangkan aku sudah punya masa yang lama dipinjamkan umi di dunia. Tetapi, aku yg mensia-siakannya!
Dan akhirnya, setelah melalui 2 minggu yang begitu panjang, aku berdiri di sisi umi. Bersama abi, abang dan aiman, memegang erat tangan umi, mencium umi berkali-kali, membisikkan kata semangat, cinta, dan kalimah syahadah. Aku peluk umi yang kaku di atas katil, aku letakkan kepala di perut umi, di paha umi, aku mahu baring di pangkuan umi seperti dulu. Lemah lututku terasa tidak mampu berpijak. Mulutku tak henti meminta pada Allah, "Jangan. jangan. tak. umi, jangan pergi. Allah, tolong kami... ya Allah...." Dan mesin bantuan pun berhenti. ------

Terduduk aku ditepi dinding menunggu jenazah umi. Umi tiada lg bernyawa. Aku seperti tidak mampu berfikir waras, hanya mengikut apa sahaja arahan yg diberi. Abi juga tidak mampu memberi kata-kata semangat lg. Abi juga tewas. Tewas dengan ujian ini. Terduduk di balik dinding, tak mampu menahan airmata yg x henti tatkala melihat rusuk kirinya dijemput Ilahi. Dan usai maghrib, kami mula memandikan umi. Wajah itu. Begitu tenang dan sedikit demi sedikit kulit yang gelap berubah terang. Itulah insan yg melahir dan membesarkn aku. mendidik dan menyayangiku... umi, kami tahu umi bahagia di jemput Ilahi. Kerana wajahmu tersenyum bahagia di saat aku mengemaskan kain kapan itu di seluruh tubuhmu.

Dan kini, 2 tahun berlalu sepi. Aku masih merasai pedihnya saat itu. Aku masih terbau bau umi. Aku masih terbayang senyum umi. Dan aku masih terdengar suara umi. Apa yg telah dilalui, x dpt diputar kembali. Untuk saat indah yg sedang dinikmati, alhamdulillah. Untuk saat sukar, duka, perit dan jatuh yg dilalui, semuanya akan berlalu... Diri kita yg telah keluar dari segala ribut, petir dan taufan kehidupan itu, adalah yang baru. Lebih matang, kuat, dan yg paling penting, teguh yakin pada Yang Maha Mengetahui.

Untuk abi, angah minta maaf x dpt kurangkan beban abi seperti umi.
Untuk abg, angah sentiasa sokong dan sayang abg. Bangkitlah. Buktikan pada umi, abg kuat mcm umi. Abg lh contoh kami. Abg lh kekuatan angah. Jangan berputus asa pada Allah.
Untuk adik2, angah x blh ganti umi. Tp, angah cuba yg terbaik. Janganlah terlalu lalai dgn dunia. Kita dh kehilangan satu redha. redha yg blh membawa ke syurga. Jadilah mujahid mujahidah sejati.

Aku tertanya-tanya, adakah aku yg seperti ini umi mahu? aku mahu jd yg terbaik. Aku akan sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik. Kerana aku ingat semua pesan umi. dan kerana, semuanya akan berlalu...

Lalui hari-harimu dengan keyakinan. Bersangka baik dengan Allah. Dan terus yakin.

Sebab, beban yg kau rasa sekarang, adalah mahar kau mengejar bahagia hakiki.





p/s pesanan utk diri sendiri. Jgn lupa semua ni.

Wednesday, September 6, 2017

Pagi Raya Yang Lalu

Aidiladha berlalu pergi. Tahun silih berganti.

Tiap kali takbir raya, aku akan teringat saat2 aku teman umi pagi raya kat hospital. Wad psg takbir kat speaker. Masa tu aku berdua ja dgn umi sbb abi, abg n adik2 balik umah maknjang utk basuh bju, mandi, nk g semayang raya sume. Dr yg round pg tu, dtg bwk fail, belek2 n ckp ada something nk bgtahu. Aku pun fokus la. Sebab nnt aku kena update kat abi apa Dr ckp kn..

Waktu tu, time takbir raya tu, sume org tgh gembira nk beraya, aku dgr Dr ckp,

'Your cancer has spread. Puan, kanser dah merebak ke otak. Kita akan inform further details after this. untuk decide nk buat apa.'

Ya, ayat tu. Ayat yg paling aku xnk dgr. Ayat yg paling menggusarkn hati aku. Aku nmpk umi buat rilek je. Heh. Kau ingat kau blh rilek ke time2 mcm tu? Ya. umi rilek ja. angguk2. Pastu Dr tu slumber teruskn round. Ye lah, itu lah tanggungjwb dia, keje dia, hadap setiap masa. Lagipun not a big deal pun, yg sakit umi, yg merasa kami. Xda kena mengena dgn Dr tu kn. Aku mmg tersentak sgt. Xde intro2 mcm kat tv tu, Puan bersabar lah. Ataupun, tunggu suami dtg nk ckp ke apa ke. No. Ini realiti. bukan tv. Yang sakit tu, umi. Umi aku...

Then, ktorg berdua diam. Macam masa berhenti time tu. Aku tgk umi. Umi tgk aku. Umi mtak nset. Nk wasap abi katanya. Aku nmpk umi taip slow2 tp panjang mcm karangan. Mata umi berkaca. Ah, aku xblh tahan. Aku keluar. Aku duduk kat tangga wad, aku call Imah. Aku bgtahu Imah apa Dr ckp. Aku tanya, ini tandanya apa.. Tolongla ckp umi akan ok. Aku takut. Aku takut sangat..Imah diam je dgr aku nanges. Aku tau, dia pun xda jawapan.

Lepas aku nanges puas2 kat tangga, aku lap airmata, jalan mcm biasa msuk wad. Aku nmpk umi g jln2 sembang ke katil lain. dan time tu, umi nanges. Ya, dia nanges kat org lain. Sbb umi selalu ckp antara aku dgn adik beradik lain, aku paling kasar, tough, xpenah nanges dpn umi. Memang. Memang aku xpenah nanges depan umi. Walau teruk mcm mana masalah aku hadap, aku xpenah nanges dpn umi abi. Paling2 pun, nanges sekejap masa salam pagi raya. tp itupun setahun sekali. Hmm.. Aku mmg nk umi anggap aku xde perasaan. Aku x manja. Tp, melihat umi menangis dgn org lain, hati aku meronta-ronta. Umi, nangesla kat angah....

Aku g kat umi, dgr je apa umi sembang. Pastu masa balik ke katil, umi ckp, umi jalan2 td, cerita kat kwn2. Diorg paham apa umi rasa, sbb dorg sama mcm umi. Ya, itu wad kanser. Sume org kat situ ada kisah masing2. Persamaanya, mereka pesakit kanser. Sakit yg xda ubat. Sakit yg aku xtau nk gambarkn mcm mana. Kalau kau ada famili yg sakit mcm tu, baru kau blh faham.

So, hari raya haji pertama masa tu, berakhir dgn suram. Xde kata putus lg apa nk dibuat. Cuma tnggu next check up utk tgk sejauh mana kanser dah merebak ke otak. No wonder la umi dh makin lemah separuh bdn. Sbb dh start attack saraf.

Lepastu, ktorg dpt tau saiz kanser yg dh merebak tu. dan probability utk strok, sawan, semua yg berkaitan dgnnya. Aku search macam2 term medical. Aku nk tahu. Aku nk paham. Aku nk jaga umi sebaik mungkin. Tiap kali Dr dtg explain, aku tanya apa2 yg aku nk tau n xlupa jgk Imah yg selalu explain semula apa Dr ckp dlm bahasa yg paling senang aku paham..

Time ni, aku mmg merintih pada Allah, tolonglah ya Allah... Sembuhkan umi. Tolong kami ya Allah.

--- There, a raya story. Umi, 2 years has passed. But, I still wont let go the memories.
Kalau umi nk tahu, angah lh yg paling lemah. angah lh yg paling byk menangis. angah tau angah bukan anak yg terbaik utk umi. Tapi, angah nk umi tau, angah sayang umi sangat.

Angah rindu umi sgt. Selamat hari raya umi.


p/s Jangan lupa peluk cium mak ayah korang selalu. Xyah tunggu raya. Cakap la i love u. x luak apa pun... Sampaikn salam aku kat mak korang. dan doakn umi. doakn abi. doakn aku.

Wednesday, July 5, 2017

Aku Taknak Lupa Semua Kenangan Pahit

25 Feb 2015 / 6 Jamadil awal

umi warded HUKM. mcm biasa, aku msti org last yg tau sbb kat kampus dh.
ini mnggu pertama kuliah semester8. ya, ku kira, ini adalah semester akhir aku d kampus.
aku dpt tau umi warded tngahari. mlm nya transfer ke neuro. ini 1st time umi msuk neuro. sblum ni mmg setia d onkologi.. mungkin sbb sawan makin kerap n mostly involved bhgn otak.

27 Feb 2015 / 9 Jamadil awal

mcm biasa, tiap Jumaat or sabtu, aku akn ke HUKM utk jaga umi. dh lama x g HUKM sbb umi pun dh lama x warded. time aku praktikal hritu, berbulan2 umi xnk g hspital. 

28 Feb 2015 / 10 Jamadil awal

aku perasan umi mkin lemah. sejak warded kali ni, x mcm biasa. umi x seceria dlu. umi xbyk ckp. umi byk pejam mata je. kali ni jgk, umi dh xmampu bgn n pkai bju sniri. tp, umi masih mampu melawak. mmg umi selalu melawak ngan aku. aku tau, umi segan. segan ngan aku sbb aku pkaikn bju, slua, kain, semua2... bila tnya umi selesa x, ke nk mndi, umi mesti ckp nk tnggu abi. mlm td, ada patient bru lepas operate mengamuk, xtahan sakit katanya. aku nmpk, muka umi lain. aku tau, umi dengar. umi pun takut sbb Dr ada kata, nk kena operate.

1 Mac 2015

ahad. rasa sekejap ja dok ngan umi. aku kena balik kmpus dh. esok kuliah.

3 Mac 2015

Selasa. mnggu 2nd kuliah ni mcm biasa lh, x meriah lg. kelas pun x fix lg. still blh rombak2. aku dpt panggilan dri abi. abi ckp, msti balik hujung mnggu ni utk bncang n decide utk operation umi. Doc tnya, setuju operate, atau x.

5 Mac 2015

Abi kol. suara tahan sebak, terketar2. abi ckp, umi makin teruk, dtg hospital cpt, tp jgn rushing. hati2 drive. jgn gerak malam ni, gerak la esok pg. kalau ada kelas, gerak lps kelas pun xpa. aku dh x tenang. mlm tu aku nanges ja diam2. aku ingat lg, korg diam ja mlm tu dlm bilik. xtau nk ckp apa. korg tau kalau pujuk pun, xguna. thnx korg...

6 Mac 2015

pg2 tu bsiap, setel apa ptut. gerak. aku x drive. korg risau aku xleh kawal emosi time drive kn. aku tau. thnx pada yg teman aku hari kejadian...
Smpai ja HUKM, g kat umi. umi lemah ja. selalu kalau smpai, aku suap umi mkn (mmg aku mkn sekali la kn). tp kali ni, umi kata kena puasa. tnggu turn operate. Dr dh decide, sbb keadaan makin teruk. aku nmpk muka umi takut. aku tau. aku pun takut. tp semua org pura2 hepi. semua...

Sampai sini la dulu.. aku hold kat draft lama dh.. tiap kali nk smbung, airmata mengalir. xmampu wei xmampu... ujian terus menjengah, moga Allah redha pada kita.

sambung t. chow


p/s crying


Thursday, May 5, 2016

Angah, Potongkn Kuku Umi...

"Angah, potongkn kuku umi..." sambil hulurkan tgn tunjuk2 kuku yg dh pnjg cket2 xdala pnjg sgt. aku pusing. "Eh, xpnjg sgt lg umi, takutttt...huhu kang tpotong ngan isi2 sekali.. abg pndai la potong, hihi.." umi jwb, "haha kau ni, itupun nk takut."

Dalam hati, aku sedih, rasa takut menyelubungi. Aku mmg xpndai potongkn kuku org. Aku xpndai jaga org sakit. Plus, selalunya org yg jaga aku sakit. hmm. Aku xpndai mcm2. Aku kekok. Tapi aku x pernah lari. Bila d perlukan, aku akan ada, cuma aku xpndai....
Tapi harini, aku sedih. sbb xpndai aku tu, buat aku rasa terkilan seumur hidup. Ya, itulah perkara terakhir yg umi mtak kat aku. Walaupun sambil gelak. Walhal, aku pun tau yg umi sedia maklum aku xpndai potongkn kuku org. Aku rasa ngeri, nyilu... tp, aku ptut buang semua rasa tu jauh2 haritu, Supaya aku dpt potong kuku umi.

6 MAC 2015,

Petang Jumaat umi nk operate tu, abi, abg, adik2 semua xda. aku call2, aku wasap, aku mesej. semua x berbalas. aku runsing, resah. aku nmpk umi tahan airmata. aku nmpk umi sembunyi rasa. aku tahu, umi takut. aku pun takut kalo diri sndiri bakal d belah kepala x berapa minit lg, keseorangan.

Flashback cket, pg tu, kami tunggu giliran umi nk operate. Tapi, ramai org tgh tunggu turn masing2. Jam 12.30 tengahari, xda tnda2 yg menunjukkan umi akan d panggil. Aku xblh suap umi mkn, umi kena puasa. Biasanya smpai ja hospital, aku akan tnya umi dh mkn ke belum. tp pg Jumaat tu, semua menyimpan rasa resah d hati. "Dh nk zohor ni. xmungkin la kena tolak msuk dewan bedah time semayang Jumaat" Abi bersuara. Aku iyakn ja. angguk2. semua org angguk. Abi lambai2 smbil bjalan meninggalkn kami.

Beberapa minit lps tu, nurse dtg. Aku cpt2 berdiri. Nurse ckp, nk tukar bju umi. bju utk operate. Cuak dh aku. Nk operate dh ke? belum lg. Cuma tukar bju dlu. Lega. Nurse suruh semua keluar dan tarik langsir. Aku msuk semula, "Nurse, sy nk tukarkn bju umi. Sy anak dia" Nurse tu diam ja tgk aku. Hulurkn bju. "Jomla tukarkn sama2" Dia ckp. Aku cpt2 tlg nurse mengiringkn umi. takut2 kalo lmbt nnt, dia xbg tlg dh. Sambil2 tukarkn bju umi, umi sempat lg buat lwk, "xsangka umi muda2 dh xblh pakai bju sndiri".... aku senyum ja, "xpa.. angah kn ada". Lepastu, aku dgr umi ckp. "Ngah, umi takut"... itula 1st time umi luahkn kat aku. Hati aku dh berdegup kencang. Bukan umi ja takut. Aku pun. Aku takut jgk. Aku jwb " xda apa lh umi. Dr kata semua akan makin oke lepasni. lgpun, japlg abi n abg dtg. Blh jumpa dlu" Aku nmpk muka umi. Muka seorang ibu yg melahirkn aku, membesarkn aku, sabar dgn karenah aku, sedang sakit, sedang takut, sedang cuba utk tetap kuat d hadapan semua. Airmata x tertahan lg. Aku betul2kn bju umi, betulkn cadar umi sambil berpaling. Aku xnk umi nmpk airmata aku. Aku xnk umi tahu aku juga takut. Aku xnk umi tahu aku xkuat. Itulh kali pertama dan terakhir aku menangis dpn umi. Aku tahu, umi nmpk.

Lps siap tukar bju semua2, nurse dtg nk tarik katil umi ke bilik bedah. Aku ckp nk tnggu abi. Tapi, dorg ckp xpe, nnt suruh famili dtg kat bilik bedah. Baru nk bwk turun je ni, belum masuk dewan bedah lg. Aku ikut ja dorg bwk umi. Smpai ja dpn dewan bedah, masa tgh tnggu2 giliran, aku dgr dorg ckp giliran umi next. Aku dh x ketahuan. semua call ngan mesej aku x berbalas x berjawab.

Nurse tunjuk borang yg umi dh sain, tnya ada pkai brg kemas ke x. pastu dia tnya, nnt rambut nk cukur separuh ke cukur habis? . umi kata "cukur habisla.. nnt kalo separuh, hodohla.. sambil gelak2 lg." ..... Then, nurse dtg nk tolak umi msuk ke dewan bedah, aku tnya blh x tnggu kejap lg, ayah sy nk jumpa mak sy sblum bedah. nurse kata xpa, jumpa lps bedah ja. Aku cuba lg lengah2kn masa, tp dh lama tnggu. Nurse ckp kena msuk dh ni. Aku salam umi, cium tgn umi. Aku pgg tgn umi, aku ckp aku syg umi. Umi mtak maaf salah silap kat aku. sempat lg kami gelak2 smbil aku jwb, "Nnti raya la kita salam lg mtak maaf tau. Umi mesti keluar dan sihat, pastu blh la kita salam2 mtak maaf mcm biasa pg raya".. time nk msuk dewan bedah dh, umi ckp, "ngah, kirim salam kat abi, abg n adik2. ckp umi mtak maaf salah silap semua." Aku xtahan.... tp aku jwb jgk "umi kena mtak maaf sndiri kat diorg, xblh kirim2. jd, lps operate nnt, kena la bgn".. umi angguk... kami btentangan mata sambil sayup2 umi hilang dri pndangan.

Aku dgr ada org berlari2 dtg msuk kwsn menunggu dewan bedah. Abi, abg n adik2 msuk. Aku berdiri. Geleng kepala dan tnjuk pintu dewan bedah. "xsempat abi. umi dh msuk." .. Aku nmpk abi tunduk. "xpala, kita tnggu ja. Abi nk duduk ngaji kat msjid tingkat bwh, korg nk ikut x?". "x, kami ngaji sini" aku duduk. menangis. Ya Allah, permudah urusan kami, tenangkan hati kami. Berikan kejayaan pda pembedahan umi dan kurniaknlh kesembuhan padanya....


p/s : Terima kasih pda semua insan yg hadir pda hari kejadian. Sesungguhnya x terdaya lh aku menanggung semuanya tnpa kalian. Terima kasih. 

Sunday, January 3, 2016

Di Suatu Petang

Petang itu,
tika aku teguh disisi umi,
sayup2 alunan kalamullah,
berharap pda keajaiban Allah.

Petang itu,
tika aku teguh disisi umi,
masih segar bunyi mesin bntuan nyawa,
memberi peluang dan masa utk kmi bersama.

Petang itu,
tika aku teguh disisi umi,
tetamu datang bersilih ganti,
tetapi jiwaku diselubungi sepi.

Petang itu,
tika aku teguh disisi umi,
bacaan mesin menurun pantas,
hatiku perit kemampuanku terbatas.

Petang itu,
tika aku teguh disisi umi,
aku saksikn kasihnya seorang suami,
meluahkn redhanya dari hati.

Petang itu,
tika aku teguh disisi umi,
bersama seorang anak lelaki,
yg saban hari berkorban demi umi.

Petang itu,
tika aku teguh disisi umi,
tiada lg suara mahupun senyuman,
umi pergi menghadap Tuhan.

Petang itu,
tika aku teguh disisi umi,
perginya secebis pinjaman cinta,
meninggalkn seisi dunia.

Petang itu,
tika aku teguh disisi umi,
begitu sukar meyakinkn diri,
bahawa setiap yg bernyawa pasti akan mati,

Petang itu, 
tika aku teguh disisi umi,
aku ditinggalkn yatim kini,
meneruskn langkah demi cinta yg hakiki.

mz
-030116-

Saturday, November 22, 2014

Firman Persaudaraan itu Ku Baca Perlahan...

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang...
Pada satu hari yg hening lg mendamaikn. aku membelek2 salinan tulisan Salim A Fillah.. merenung ke luar jendela mengharapkn jiwa pntas menghadam apa yg d baca. Aku bukanlh sepuitis dan seluas lautan ilmu d dada. tapi, setiap bait kata2nya, begitu menggegarkn jiwa. 
ya Allah, peliharalh hati-hati kami..




Ketika kubaca firmanNya, "Sungguh tiap mukmin bersaudara"

Aku merasa, kadang ukhuwah tak perlu dirisaukan

Tak perlu, karena ia hanyalah akibat dari iman

Aku ingat pertemuan pertama kita, Akhi sayang

Dalam dua detik, dua detik saja

Aku telah merasakan perkenalan, bahkan kesepakatan,

Itulah ruh-ruh kita yang saling sapa, berpeluk mesra

Dengan iman yang menyala, mereka telah mufakat

Meski lisan belum saling sebut nama, dan tangan belum berjabat

Ya, kubaca lagi firmanNya, "Sungguh tiap mukmin itu bersaudara"

Aku makin tahu, persaudaraan tak perlu dirisaukan

Karena saat ikatan melemah, saat keakraban kita merapuh

Saat salam terasa menyakitkan, saat kebersamaan serasa siksaan

Saat pemberian bagai bara api, saat kebaikan justru melukai

Aku tahu, yang rombeng bukan ukhuwah kita

Hanya iman-iman kita yang sedang sakit, atau mengerdil

Mungkin dua-duanya, mungkin kau saja

Tentu lebih sering, imankulah yang compang-camping

Kubaca firman persaudaraan Akhi sayang

Dan aku makin tahu, mengapa di kala lain diancamkan;

"Para kekasih pad ahari itu, sebagian menjadi musuh sebagian yang lain...

Kecuali orang-orang yang bertaqwa"





- Salim A. Fillah, 'Dalam Dekapan Ukhuwah' 



frenship is not a big thing, it is a million little things.... :')