Followers

Friday, November 11, 2011

Ajaibnye hati.. maka anda pon ajaib~

Di kesempatan ini, aku nk ucapkn Selamat Hari Raya Aidiladha.. hihi x terlambat lg lh.. mkn ingat2 aaa, lg2 yg ade gout.. kehkeh.. aaa buat sahabat2 akh ukht yg berada d perantauan n x balek umah raye2 ni, sabo ye.. teruskn perjuangan menuntut ilmu,.. pengorbanan anda pasti ada hasil lumayan! ^^, 

cuti2 yg agak lame gini mmg mencabar minda btol lh.. otak agk sedikit TERbeku.. huhu.. jd, d sebab itu, kne refresh incik iman yg hensem macho ini.. cikidout>>

Antara ‘keajaiban’ hati yang aku temui ialah senangnye berubah.. sesuke hati je.. 
Boleh jadi dalam 5 minit, hati kite dpt berubah daripada cinta menjadi benci, atau sebaliknya.. x d nafikn daripada benci menjadi simpati. w0oahh..

Maka barangsiapa yang tujuan dakwahnya selalu ingin mendapatkan hati manusia, maka dia telah memulakan pekerjaan yang melelahkan bagi jiwanya. kenapa melelahkn jiwa?

Renungkanlah firman Allah s.w.t.:

لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الأَرْضِ جَمِيعاً مَّا أَلَّفَتْ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَـكِنَّ اللّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ

“Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.”
[al-Anfal : 63]


Allah telah menyatakan bahawa tidak mungkin untuk mendapatkan redha seluruh manusia. Maka janganlah membebani diri untuk selalu mengejarnya, bahkan menjadikannya dalam dakwah sebagai tujuan utama. Sungguh, mencari redha manusia adalah pekerjaan yang sia-sia.

Imam asy-Syafi’e pernah berkata:
“Keredhaan manusia adalah suatu yang sulit dicapai, maka hendaklah engkau memperbaiki dirimu dan kerjakanlah dengan sungguh-sungguh, kerana tiada jalan membuat seluruh manusia redha terhadapmu.”
[Hilyatul Auliya': 9/122]


“Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia.”
[HR Imam at-Tirmidzi]


p/s: same2lh kite terus istqamah n refresh iman sentiasa.. =) x rugi ape pon kalo saling sayang menyayangi.. sape la kite ni nk benci2 org laen.. bersangka baek kn lebih bagus.. ^^,