Pintu dikuak perlahan. Bilik kecil itu tampak luas dengan
kesederhanaan susunan perabot di dalamnya. Aku berjalan menuju ke tepi katil.
Tanganku pantas mencapai sebuah alQuran tafsir kecil. Walaupun kelihatan lusuh,
tetapi masih tersusun kemas setiap helaian muka suratnya yang diselangi
nota-nota kecil penuh makna dan kata-kata nasihat.
Mataku terpaku pada sehelai nota yang agak berbeza saiznya.
Jelas kelihatan satu peringatan, “Jangan lupa bersyukur hari ini”. Aku
memejamkan mata. Mengimbau kembali segala kenangan dan dosa-dosaku.
“Allah… Ampunkan dosa-dosaku. Alhamdulillah atas segala
nikmat yang Kau berikan padaku.”
Aku membelek helaian ayat yang berbunyi :
Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula)
kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari
(nikmat)-Ku [Al-Baqarah:152]
Dadaku sebak. Sudah benar-benar bersyukur kah aku?
Dua tahun lalu, aku seorang pemudi yang bersemangat mengejar
cita-cita. Aku begitu asyik dengan kejayaan-kejayaan dunia yang ingin aku kecapi.
Tetapi, aku lupa nikmat dunia itu hanyalah umpama setitis air yang jatuh ke
lautan, sedangkan lautan itu adalah seluas-luas nikmat. Ya, aku lupa aku hanya
hamba. Aku lupa untuk bersyukur kepadaNya.
Pada petang aku kehilangan ibuku, aku merasa seperti
kehilangan seluruh dunia. Ketika itulah aku sedar, aku terlalu angkuh dengan
nikmatNya.
Lalu, aku bangkit dengan matlamat baru. Aku ingin mengejar
takhta di syurga!
Lapangkan masa untuk mengalun kalamullah dan mendalami
maknanya. Tunduk menangis dan mengadu pada yang Maha Esa tentang betapa kita
perlukan petunjuk dariNya. Supaya hidup tidak hanya sia-sia dengan dunia yang
sementara.
Amalan yang hanya sedikit cuma, justeru aku berusaha
menyebarkan bahagia. Aku mahu semua orang merasa bahagia. Aku mahu dunia yang
sementara ini menjadi jambatan untuk semua insan bersama-sama menyelami jiwa hamba.
Begitu tinggi azam dan impianku.
“Bersedeqahlah!”
Kata-kata yang aku pegang setiap hari.
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi.
Dan infakkanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan
janganlah kalian menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat
baiklah, (karena) sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik. [Al-Baqarah:195]
Kerana dengan memberi akan membahagiakan. Bahagia sang
penerima dan bahagia pada yang memberi juga. Bukankah terlalu banyak perkara
yang patut kita syukuri?
Tak usah berhenti memuji Ilahi dibibirmu. Walau tidak mampu
mengubah dunia, mengapa tidak hanya diri kita?
Hamasah!
p/s gamba xde kena mengena. saja rindu. kbai
wallahualam