Followers

Thursday, September 21, 2017

Semuanya Akan Berlalu

Hari ni tak rasa seperti hari2 biasa yang lain. Emosi aku x menentu sejak 2-3 minggu ni. Bukan x menentu yg macam selalu. Rasa lain sangat... Aku x ketahuan. Paling ketara, aku makin hilang fokus. dan aku banyak lupa benda penting. Ini bukan aku. Aku bukan jenis cepat lupa benda penting dan aku biasanya mmg fokus bila buat something. Aku mula perasan bila kena tegur, kenapa aku tersalah plan weekend trip. Itu mmg rare. Aku siap drive menghala ke event yg sepatutnya diadakan bulan depan. Aku takut. Takut dengan apa yg sedang terjadi kat aku. Mungkinkah kerna terlalu rindu umi?

Usai solat zohor, aku menangis sepuas-puasnya. Surau ofis sunyi mcm biasa. Aku terbayang saat2 remaja dulu. Jadi budak asrama mmg buat aku suka tido. Kerapkali balik kg bercuti, aku luangkan masa utk tido. Aku tertanya-tanya, penatkah umi ? tak penat kah umi menguruskan rumah saban hari sambil menjadi pendidik pada anak-anak murid di sekolah?
Tidak. Jawapan pada persoalanku terjawab kini. Tak penat sbb tahu itu tanggungjwb. Yang paling penting, tak penat sbb sayang. sbb nk bg yg terbaik pada semua. Tak kisah sakit lelah sndiri, tak kisah perit jerih sndiri. Sbb, itulah watak umi.
Aku sedaya upaya menggantikan tempat umi saban hari di rumah selepas umi pergi. Bukan mudah. Aku lebih memahami umi kini. Bagaimana penatnya semalam, hilang serta merta hari ini kerana begitu banyak kasih dan sayang utk terus berusaha memberi yg terbaik pada famili.
Kini, aku sudah bekerjaya. Sedihnya rasa x mampu aku berkongsi dengan umi. Sejak saat itu, aku sedar abi juga menyimpan rasa hati. Menggalas beban seorang diri. Kerana rumah kami kehilangan tiang seri.

Aku menangis semahunya. Mengingatkan saat-saat aku pertama kali mendengar abi menceritakan sakit umi. Dan setiap minggu aku menanti kelas hari Jumaat berakhir, aku memecut pulang pada umi. Hospital tika itu telah menjadi rumah kami. Wad dan seisinya menjadi saksi. Bagaimana peritnya hari-hari menghadap mati. Bagaimana sesaknya dada menahan diri, kami juga menanti waktu untuk pergi dijemput Ilahi. Tika itu, terdetik sekelumit rasa cemburu, kenapa umi? kenapa aku? kenapa kami? kenapa? kenapa hidup ini x seindah mimpi...
Masih segar suara umi bertanya, "Umi juga akan pergi seperti mereka kn?" ya. umi akan pergi. aku akan pergi. kami akan pergi. Semuanya.. akan pergi.
Dan tika umi semakin lemah dalam perjuangannya, petang itu, umi ditolak ke bilik pembedahan. Menggenggam erat sisi katil tanpa kami boleh menemani, umi meminta maaf padaku atas segala kurangnya diri. Aku tak lupa petang itu, abi dan abang masih belum tiba dari solat jumaat, kami berdua bertentang mata menahan pilu, takut.. Terngiang-ngiang pesanan umi, "Bagitahu abi, abang dan adik2, umi mtak maaf salah silap ya"... sayup2 tubuh umi dibawa pergi. Umi melambai lemah. Aku hanya berdiri. kaku.

Aku menangis lagi, mengenangkan tidak cukupnya solat hajatku pada Allah. Tidak cukup doaku meminta padaNya. Kerana aku hamba yg hina, penuh noda. Bagaimana lagi harus aku meminta pada Dia sedangkan aku sudah punya masa yang lama dipinjamkan umi di dunia. Tetapi, aku yg mensia-siakannya!
Dan akhirnya, setelah melalui 2 minggu yang begitu panjang, aku berdiri di sisi umi. Bersama abi, abang dan aiman, memegang erat tangan umi, mencium umi berkali-kali, membisikkan kata semangat, cinta, dan kalimah syahadah. Aku peluk umi yang kaku di atas katil, aku letakkan kepala di perut umi, di paha umi, aku mahu baring di pangkuan umi seperti dulu. Lemah lututku terasa tidak mampu berpijak. Mulutku tak henti meminta pada Allah, "Jangan. jangan. tak. umi, jangan pergi. Allah, tolong kami... ya Allah...." Dan mesin bantuan pun berhenti. ------

Terduduk aku ditepi dinding menunggu jenazah umi. Umi tiada lg bernyawa. Aku seperti tidak mampu berfikir waras, hanya mengikut apa sahaja arahan yg diberi. Abi juga tidak mampu memberi kata-kata semangat lg. Abi juga tewas. Tewas dengan ujian ini. Terduduk di balik dinding, tak mampu menahan airmata yg x henti tatkala melihat rusuk kirinya dijemput Ilahi. Dan usai maghrib, kami mula memandikan umi. Wajah itu. Begitu tenang dan sedikit demi sedikit kulit yang gelap berubah terang. Itulah insan yg melahir dan membesarkn aku. mendidik dan menyayangiku... umi, kami tahu umi bahagia di jemput Ilahi. Kerana wajahmu tersenyum bahagia di saat aku mengemaskan kain kapan itu di seluruh tubuhmu.

Dan kini, 2 tahun berlalu sepi. Aku masih merasai pedihnya saat itu. Aku masih terbau bau umi. Aku masih terbayang senyum umi. Dan aku masih terdengar suara umi. Apa yg telah dilalui, x dpt diputar kembali. Untuk saat indah yg sedang dinikmati, alhamdulillah. Untuk saat sukar, duka, perit dan jatuh yg dilalui, semuanya akan berlalu... Diri kita yg telah keluar dari segala ribut, petir dan taufan kehidupan itu, adalah yang baru. Lebih matang, kuat, dan yg paling penting, teguh yakin pada Yang Maha Mengetahui.

Untuk abi, angah minta maaf x dpt kurangkan beban abi seperti umi.
Untuk abg, angah sentiasa sokong dan sayang abg. Bangkitlah. Buktikan pada umi, abg kuat mcm umi. Abg lh contoh kami. Abg lh kekuatan angah. Jangan berputus asa pada Allah.
Untuk adik2, angah x blh ganti umi. Tp, angah cuba yg terbaik. Janganlah terlalu lalai dgn dunia. Kita dh kehilangan satu redha. redha yg blh membawa ke syurga. Jadilah mujahid mujahidah sejati.

Aku tertanya-tanya, adakah aku yg seperti ini umi mahu? aku mahu jd yg terbaik. Aku akan sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik. Kerana aku ingat semua pesan umi. dan kerana, semuanya akan berlalu...

Lalui hari-harimu dengan keyakinan. Bersangka baik dengan Allah. Dan terus yakin.

Sebab, beban yg kau rasa sekarang, adalah mahar kau mengejar bahagia hakiki.





p/s pesanan utk diri sendiri. Jgn lupa semua ni.