Followers

Thursday, May 5, 2016

Angah, Potongkn Kuku Umi...

"Angah, potongkn kuku umi..." sambil hulurkan tgn tunjuk2 kuku yg dh pnjg cket2 xdala pnjg sgt. aku pusing. "Eh, xpnjg sgt lg umi, takutttt...huhu kang tpotong ngan isi2 sekali.. abg pndai la potong, hihi.." umi jwb, "haha kau ni, itupun nk takut."

Dalam hati, aku sedih, rasa takut menyelubungi. Aku mmg xpndai potongkn kuku org. Aku xpndai jaga org sakit. Plus, selalunya org yg jaga aku sakit. hmm. Aku xpndai mcm2. Aku kekok. Tapi aku x pernah lari. Bila d perlukan, aku akan ada, cuma aku xpndai....
Tapi harini, aku sedih. sbb xpndai aku tu, buat aku rasa terkilan seumur hidup. Ya, itulah perkara terakhir yg umi mtak kat aku. Walaupun sambil gelak. Walhal, aku pun tau yg umi sedia maklum aku xpndai potongkn kuku org. Aku rasa ngeri, nyilu... tp, aku ptut buang semua rasa tu jauh2 haritu, Supaya aku dpt potong kuku umi.

6 MAC 2015,

Petang Jumaat umi nk operate tu, abi, abg, adik2 semua xda. aku call2, aku wasap, aku mesej. semua x berbalas. aku runsing, resah. aku nmpk umi tahan airmata. aku nmpk umi sembunyi rasa. aku tahu, umi takut. aku pun takut kalo diri sndiri bakal d belah kepala x berapa minit lg, keseorangan.

Flashback cket, pg tu, kami tunggu giliran umi nk operate. Tapi, ramai org tgh tunggu turn masing2. Jam 12.30 tengahari, xda tnda2 yg menunjukkan umi akan d panggil. Aku xblh suap umi mkn, umi kena puasa. Biasanya smpai ja hospital, aku akan tnya umi dh mkn ke belum. tp pg Jumaat tu, semua menyimpan rasa resah d hati. "Dh nk zohor ni. xmungkin la kena tolak msuk dewan bedah time semayang Jumaat" Abi bersuara. Aku iyakn ja. angguk2. semua org angguk. Abi lambai2 smbil bjalan meninggalkn kami.

Beberapa minit lps tu, nurse dtg. Aku cpt2 berdiri. Nurse ckp, nk tukar bju umi. bju utk operate. Cuak dh aku. Nk operate dh ke? belum lg. Cuma tukar bju dlu. Lega. Nurse suruh semua keluar dan tarik langsir. Aku msuk semula, "Nurse, sy nk tukarkn bju umi. Sy anak dia" Nurse tu diam ja tgk aku. Hulurkn bju. "Jomla tukarkn sama2" Dia ckp. Aku cpt2 tlg nurse mengiringkn umi. takut2 kalo lmbt nnt, dia xbg tlg dh. Sambil2 tukarkn bju umi, umi sempat lg buat lwk, "xsangka umi muda2 dh xblh pakai bju sndiri".... aku senyum ja, "xpa.. angah kn ada". Lepastu, aku dgr umi ckp. "Ngah, umi takut"... itula 1st time umi luahkn kat aku. Hati aku dh berdegup kencang. Bukan umi ja takut. Aku pun. Aku takut jgk. Aku jwb " xda apa lh umi. Dr kata semua akan makin oke lepasni. lgpun, japlg abi n abg dtg. Blh jumpa dlu" Aku nmpk muka umi. Muka seorang ibu yg melahirkn aku, membesarkn aku, sabar dgn karenah aku, sedang sakit, sedang takut, sedang cuba utk tetap kuat d hadapan semua. Airmata x tertahan lg. Aku betul2kn bju umi, betulkn cadar umi sambil berpaling. Aku xnk umi nmpk airmata aku. Aku xnk umi tahu aku juga takut. Aku xnk umi tahu aku xkuat. Itulh kali pertama dan terakhir aku menangis dpn umi. Aku tahu, umi nmpk.

Lps siap tukar bju semua2, nurse dtg nk tarik katil umi ke bilik bedah. Aku ckp nk tnggu abi. Tapi, dorg ckp xpe, nnt suruh famili dtg kat bilik bedah. Baru nk bwk turun je ni, belum masuk dewan bedah lg. Aku ikut ja dorg bwk umi. Smpai ja dpn dewan bedah, masa tgh tnggu2 giliran, aku dgr dorg ckp giliran umi next. Aku dh x ketahuan. semua call ngan mesej aku x berbalas x berjawab.

Nurse tunjuk borang yg umi dh sain, tnya ada pkai brg kemas ke x. pastu dia tnya, nnt rambut nk cukur separuh ke cukur habis? . umi kata "cukur habisla.. nnt kalo separuh, hodohla.. sambil gelak2 lg." ..... Then, nurse dtg nk tolak umi msuk ke dewan bedah, aku tnya blh x tnggu kejap lg, ayah sy nk jumpa mak sy sblum bedah. nurse kata xpa, jumpa lps bedah ja. Aku cuba lg lengah2kn masa, tp dh lama tnggu. Nurse ckp kena msuk dh ni. Aku salam umi, cium tgn umi. Aku pgg tgn umi, aku ckp aku syg umi. Umi mtak maaf salah silap kat aku. sempat lg kami gelak2 smbil aku jwb, "Nnti raya la kita salam lg mtak maaf tau. Umi mesti keluar dan sihat, pastu blh la kita salam2 mtak maaf mcm biasa pg raya".. time nk msuk dewan bedah dh, umi ckp, "ngah, kirim salam kat abi, abg n adik2. ckp umi mtak maaf salah silap semua." Aku xtahan.... tp aku jwb jgk "umi kena mtak maaf sndiri kat diorg, xblh kirim2. jd, lps operate nnt, kena la bgn".. umi angguk... kami btentangan mata sambil sayup2 umi hilang dri pndangan.

Aku dgr ada org berlari2 dtg msuk kwsn menunggu dewan bedah. Abi, abg n adik2 msuk. Aku berdiri. Geleng kepala dan tnjuk pintu dewan bedah. "xsempat abi. umi dh msuk." .. Aku nmpk abi tunduk. "xpala, kita tnggu ja. Abi nk duduk ngaji kat msjid tingkat bwh, korg nk ikut x?". "x, kami ngaji sini" aku duduk. menangis. Ya Allah, permudah urusan kami, tenangkan hati kami. Berikan kejayaan pda pembedahan umi dan kurniaknlh kesembuhan padanya....


p/s : Terima kasih pda semua insan yg hadir pda hari kejadian. Sesungguhnya x terdaya lh aku menanggung semuanya tnpa kalian. Terima kasih. 

Sunday, January 3, 2016

Di Suatu Petang

Petang itu,
tika aku teguh disisi umi,
sayup2 alunan kalamullah,
berharap pda keajaiban Allah.

Petang itu,
tika aku teguh disisi umi,
masih segar bunyi mesin bntuan nyawa,
memberi peluang dan masa utk kmi bersama.

Petang itu,
tika aku teguh disisi umi,
tetamu datang bersilih ganti,
tetapi jiwaku diselubungi sepi.

Petang itu,
tika aku teguh disisi umi,
bacaan mesin menurun pantas,
hatiku perit kemampuanku terbatas.

Petang itu,
tika aku teguh disisi umi,
aku saksikn kasihnya seorang suami,
meluahkn redhanya dari hati.

Petang itu,
tika aku teguh disisi umi,
bersama seorang anak lelaki,
yg saban hari berkorban demi umi.

Petang itu,
tika aku teguh disisi umi,
tiada lg suara mahupun senyuman,
umi pergi menghadap Tuhan.

Petang itu,
tika aku teguh disisi umi,
perginya secebis pinjaman cinta,
meninggalkn seisi dunia.

Petang itu,
tika aku teguh disisi umi,
begitu sukar meyakinkn diri,
bahawa setiap yg bernyawa pasti akan mati,

Petang itu, 
tika aku teguh disisi umi,
aku ditinggalkn yatim kini,
meneruskn langkah demi cinta yg hakiki.

mz
-030116-