Followers

Sunday, January 3, 2016

Di Suatu Petang

Petang itu,
tika aku teguh disisi umi,
sayup2 alunan kalamullah,
berharap pda keajaiban Allah.

Petang itu,
tika aku teguh disisi umi,
masih segar bunyi mesin bntuan nyawa,
memberi peluang dan masa utk kmi bersama.

Petang itu,
tika aku teguh disisi umi,
tetamu datang bersilih ganti,
tetapi jiwaku diselubungi sepi.

Petang itu,
tika aku teguh disisi umi,
bacaan mesin menurun pantas,
hatiku perit kemampuanku terbatas.

Petang itu,
tika aku teguh disisi umi,
aku saksikn kasihnya seorang suami,
meluahkn redhanya dari hati.

Petang itu,
tika aku teguh disisi umi,
bersama seorang anak lelaki,
yg saban hari berkorban demi umi.

Petang itu,
tika aku teguh disisi umi,
tiada lg suara mahupun senyuman,
umi pergi menghadap Tuhan.

Petang itu,
tika aku teguh disisi umi,
perginya secebis pinjaman cinta,
meninggalkn seisi dunia.

Petang itu,
tika aku teguh disisi umi,
begitu sukar meyakinkn diri,
bahawa setiap yg bernyawa pasti akan mati,

Petang itu, 
tika aku teguh disisi umi,
aku ditinggalkn yatim kini,
meneruskn langkah demi cinta yg hakiki.

mz
-030116-