Followers

Wednesday, January 4, 2012

Seram Sejuk Rasa Pabila Sentiasa di Usha...




hummmp.... menghirup udara segar d pg hari mmg menyenangkn.. ^___^ semoga d permudhkn mnjwb exam pda sahabat2 yg ada paper rini.. 
Entry ni wujud tatkala d musim exam yg indah permai ni, makin byk plak kapel2 dok dating.. emm bg meringankn cket otak, kita khusnuzzon [ejaan sniri] je la ek.. maybe diorg x kapel, cuma teman tp mesra.. erkk.. atau mereka ada pertalian darah dan ada masalah fmily lalu terpksa berjumpa.. atau mungkin mereka itu sudah berkahwin..! hoho erkkk... knapa ek x segan silu dating2 n bermesra d khalayak ramai? d mna malu anda? 
Taw x yg Allah sgt dekat dgn kita? Dia taw apa kita buat, apa kita pikiaq, apa kita tgk.. short say [baca: pendek kata] mmg suma menda Allah taw pasal kita.. Tapi, kita ni x pnah nk rasa bersalah even wat dosa pon.. dgn segala nikmat yg Allah dh bg pda kita, ni ka cara nk tunjuk syukur tu?
mai nk tnya cket..
agak hampa la kn, gamak dak nk berzina dpn mak pak hampa?
enjoy dak nk tunjok pangai x senonoh kat bakal mak pak mentua hampa?

pasai pa hampa lg pentingkn suma persepsi mnusia laen sedangkn hampa tnpa malu dan segan silu dgn Allah, pencipta hampa sniri?
..... hmm... sob.. sob.. sedangkn Dia yg paling dekat dgn kita.. dan Allah sentiasa ada untuk kita, sentiasa mendengar rintihan kita.. 




"...Dan Kami lebih dekat dengannya daripada urat lehernya sendiri." [Qaf, 50:16]


Pkiaqlh sniri.. pkiaq dlm2... berapa byk dh masa yg kita lalai menunaikn tanggungjwb kita.. brapa byk masa kita yg d luangkn dgn perkara2 yg menjaohkn lg dri kita drpdNya.. 


Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan suatu dosa terbentuklah bintik hitam di dalam hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melakukan dosa bertambahlah bintik hitam pada hatinya sehingga tertutuplah seluruh hatinya. [HR Baihaqi]


maka, nk tnggu apa lg, cepat2 lh istghfar.. kembali pda jalan yg benar, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lg Maha Penyayang..  drpd hampa ketaq lutut dok pkiaq hantu bagai or takut kna marah ngan mak pak, baek la hampa jgn wat menda2 mksiat..  kerna takut pda Allah itu akn lebih hebat bergaya dan melahirkn Qudwah Hasanah dlm kehidupan.. kn berjaya namanya tu.. ;) sedaq lh..! bangkit lh..!  melawan nfsu juga jihad bukan? maka kejarlh pahala percuma itu, jom amar makruf nahi munkar..~ 





p/s: semoga sahabat2 dan rakyat d luar sana sedar bahaya nya maksiat dan bahaya nya manusia pabila malu hilang dari diri.. nauzubillah.. sama2 lh kita perbaiki diri.. apa salahnya bertekad d awal2 tahun baru masihi ini.. tiada siapa yg rugi bukan?  *peace sambil kenyit mata.. hati asek teringat kn exam.. doakn aku paper esok dan 9hb nnt last.. hukhuk.. 

Iman itu Lebih Manis Dari Gula-Gula. Nyummy!

 Assalamualaikum.. alhamdulillah syukur d atas segala rahmat dan nikmat yg d kurniakn.. masyaAllah betapa Allah masih sygkn diri ini masih d beri nkmat yg x terhingga jga mnikmati iman dan islam.. rakyat jelata juga bagaimna? masih selesa d tempat lama? atau sedang berusaha menggapai cintaNya?





pertama2 nya, aku mmg sgt kuciwa dgn dri sniri kerna x dpt hapdet blog ini dgn konstan dan jayanya sejak akhir2 ini.. arakian masa tersgt lh jelez terhadap aku.. errkk.. =.=' oh tidak.. ofkos kesalahan dan kekhilafan dari diri aku sniri yg mungkin xdpt menguruskn masa dgn baek.. astaghfirullahala'zim..
sehubungan dgn itu, x dpt d nafikn lg bahwasanya byk pengalaman dn pengajaran yg aku xdpt nk share d sebabkn kekangan2 masa yg berlaku.. T_T
wuuu xbesh ah gini.. tp xpe lh..
so.. apa yg aku nk bebel2 kali ni ialah pasal iman.. emm betapa beshnya jdik org beriman.. gitu.. adakh kalian rasa kalian dh beriman?


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]


Emm... Alkisah la aituh time g kmpus stu g, balik dh gelap.. malam2 ujan2 jln xde lmpu.. perhh mmg terbaek.. tahniah Malaysia..! [err ada bau2 politik d ctu] haa sila mklom bahawa kisah ni terjdi dlm sebuln yg lepas kot... sebab lepas kejadian tu, x bpa nk strong sgt la nk story mory.. huhu.. perhh siyes menggugat jiwa raga dan bakul mkcik jual karipap. fiuhh... malam tu kn, baru balik dri Universiti Muara Pantai kmpus satu g yg bukan dekat pntai.. hoh.. Kotak Keriangan 5 itu jarak perjalanannya tmbh tolak satu jam.. slps solat mghrib, kmi pon bertolak.. nk jdi cerita, d kala perjalanan tnggal 10-15 minit lg, satu kejadian yg telah merentap jiwa dan menjana kematangan aku yg masih kanak2 riang ria neh ttelah terjdi.. hmm2..
Ada la sekor 2 lembu nk melintas.. huhu jln gelap n bru lepas ujan mmg x adventure mna la kn. =.='

co pilot kata, "eh, ada lembu depan" lalu aku pon brek la.. mmg mengancam ah.. sipi2 nk kena perut incik lembu yg hensem bergaya tuh.. pastu terlanggar lopak cket n brek lebih yg membuatkn bunyik skreeettt dan mengejutkn segerombolan lembu2 yg sedang menjamu selera.. abeh sume lintas jln secara berjemaah.. huhu cuak glaa dh.. selepas sekelip mata [beberapa saat yg sgt sekejap] berlaku dentuman d belakang d iringi bunyi2 kaca berderai.. huhu siyes sound effect mna2 filem laen mmg xleh lawan.. Subhanallah.. Hanya Allah yg tahu betapa bagaimana hati dan pasaan aku wktu tu.. *selepas aku brek, kete blkg agak laju jga brek d iringi kete ketiga.. mnjdikn kesemua yg terlibat sbyk 3 bijik kete.. 


Firman Allah SWT yang bermaksud: "Nescaya kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian dan kepada Kamilah kamu akan dikembalikan" [Al-Anbiya':35]





Kaki menggigil dh time klua kete, org2 kampung yg terdekat suma klua g tmpat kejadian.. ya Allah.. dugaan yg bagaimna ini, terdetik d hati kekesalan yg pelbagai.. Astaghfirullah... aku hanyalh hamba marhaen yg masih mencari cari, jadi bagaimna mahu berhadapan dugaan sebegitu setenang hamba2 hebat yg laen? bagaimna nk aku gmbarkn pasaan.. aku yg menekan brek.. aku yg pegang stereng.. huu.. tapi, Allah Maha Hebat Maha Menyayangi.. walau eksiden tu menyebabkn bhgn belakang kete hancur, kete second masih oke dan masih mampu bergerak, tapi kete ketiga yg belakang agak teruk.. aku x bpa tgk detail sgt tp rasanya msti enjin pecah.. huhu.. habes teros bhgn depan tu.. MasyaAllah. akhi itu pastilh seorang yg hebat, d beri ujian bgitu.. huhu.. Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan sirius.. suasana malam tu yg suram n gelap dan dalam dugaan yg dtg, Allah jga memberi keringanan tuk aku.. byk pertolongan yg dtg, dan aku balik ke kampus dgn senior yg dtg.. Syukran smua yg terlibat membntu aku secara lgsung mhupun tdk... dan mtak maaf pda ahli2 korum kete yg aku bawak tu.. kot2 menyebabkn kalian terkezut atau trauma.. huu..  jujur dri lubuk hati aku, maaf ya.. 


"Inna Lillahi Wa Inna Illaihi Raji'un, Allahumma ajirni fi mushibati wakhluf li khairan minha" (Sesungguhnya Kami milik Allah dan akan kembali kepadaNya, ya Allah berilah pahala atas musibah ini dan tukarkanlah dengan yang lebih baik daripadanya) melainkan Allah SWT memberikan pahala dan menukarkan dengan yang lebih baik baginya." [HR. Muslim]



Ehemm.. **kof koff.. bgtulh kisahnya setelah d pendekkn.. nk cerita detail2 nnt aku mimpi plak.. hoho.. =.='
aaa apa yg cuba aku smpaikn d sini.. fahamkh kalian pda saat itu, pasaan aku sgt bercampur gaul sehingga sebati .. Persoalan2 x meced berlegar2 d fikiran.. kenapa? kenapa? dan kenapa? lpas tu incik setan tanduk mula mencucuk.. "kalau begitu" "kalau begini".. hmm2... 



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Luar biasa betul keadaan orang-orang yang beriman, semua urusannya adalah kebaikan. Tidak ada manusia yang menyamai orang yang beriman. Apabila ia beroleh kesenangan ia lalu bersyukur, maka ia mendapat balasan pahala. Apabila ia ditimpa musibah lalu ia bersabar, maka ia diberikan pahala." [HR. Muslim]


Wahai rakyat sekalian, mengertilah.. kadangkala musibah yang menimpa seseorang itu adalah amaran jika ia melakukan dosa, supaya ia tidak berterusan dalam kemaksiatannya, sedar dan insaf dan seterusnya kembali kepada ajaran Islam, yakni patuh kepada Allah. T_T airmata mengalir laju..


Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul kepada umat-umat sebelum kamu, kemudian Kami timpakan ke atas mereka penderitaan dan kemelaratan supaya mereka merendah diri." [Al-An'am: 42]


dan lg..


"Sesiapa yang dikehendaki Allah memperolehi kebaikan, mesti lebih dahulu mengalami musibah."  [HR. Bukhari]


Andai kalian berada d dalam kasut aku [baca: be in my shoes] dgn kata laen, mengalami apa yg aku rasa, pastilh akn faham.. ;) tp secara jujurnya bg diri aku sendri, kejadian ni byk mengajar aku.. dari sabar sehinggalh berfikiran positif juga mengeluarkn ibrah2 yg menusuk qalbu, aku dpt rasa kemanisan ujian itu.. terima kasih Ya Allah.. Terlalu byk nikmat yg Kau berikn padaku.. Aku bersyukur padaMu.. InsyaAllah hal kete tu akn setel x lama lg.. arakian kete second blkg aku yg meng'kiss' blkg kete yg aku drive tu dh larik pda mlm kejadian.. huhu aku xphm knapa perlu larik.. adess..walaubgaimnapun, aku da drive semula.. amek masa dlm sminggu dua jgak nk recover jiwa dan memujuk incik hati.. ho0h.. 


Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi]





p/s: Aku sedar ujian yg x seberapa ini jika d bandingkn dgn org lain yg mengalami dugaan lg hebat, tp yakinlh..! sedarlah! Andalh yg terpilih.. sesungguhnya Allah menyayangimu.. **lap2 airmata..
siyes... jgn cepat melatah, fikirlh.. dunia ini hanya jmbatan ke akhirat.. jgn terlalu memikirkn dunia sehingga terlupa akhirat menunggu.. sekali sekala ujian melanda, semoga dpt menjahit kembali saat2 yg terkoyak d kala kita lalai dan alpa dgn nikmat dunia yg sementara.. Kejarlh
cinta yg hakiki itu.. =)