Followers

Wednesday, January 4, 2012

Seram Sejuk Rasa Pabila Sentiasa di Usha...




hummmp.... menghirup udara segar d pg hari mmg menyenangkn.. ^___^ semoga d permudhkn mnjwb exam pda sahabat2 yg ada paper rini.. 
Entry ni wujud tatkala d musim exam yg indah permai ni, makin byk plak kapel2 dok dating.. emm bg meringankn cket otak, kita khusnuzzon [ejaan sniri] je la ek.. maybe diorg x kapel, cuma teman tp mesra.. erkk.. atau mereka ada pertalian darah dan ada masalah fmily lalu terpksa berjumpa.. atau mungkin mereka itu sudah berkahwin..! hoho erkkk... knapa ek x segan silu dating2 n bermesra d khalayak ramai? d mna malu anda? 
Taw x yg Allah sgt dekat dgn kita? Dia taw apa kita buat, apa kita pikiaq, apa kita tgk.. short say [baca: pendek kata] mmg suma menda Allah taw pasal kita.. Tapi, kita ni x pnah nk rasa bersalah even wat dosa pon.. dgn segala nikmat yg Allah dh bg pda kita, ni ka cara nk tunjuk syukur tu?
mai nk tnya cket..
agak hampa la kn, gamak dak nk berzina dpn mak pak hampa?
enjoy dak nk tunjok pangai x senonoh kat bakal mak pak mentua hampa?

pasai pa hampa lg pentingkn suma persepsi mnusia laen sedangkn hampa tnpa malu dan segan silu dgn Allah, pencipta hampa sniri?
..... hmm... sob.. sob.. sedangkn Dia yg paling dekat dgn kita.. dan Allah sentiasa ada untuk kita, sentiasa mendengar rintihan kita.. 




"...Dan Kami lebih dekat dengannya daripada urat lehernya sendiri." [Qaf, 50:16]


Pkiaqlh sniri.. pkiaq dlm2... berapa byk dh masa yg kita lalai menunaikn tanggungjwb kita.. brapa byk masa kita yg d luangkn dgn perkara2 yg menjaohkn lg dri kita drpdNya.. 


Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan suatu dosa terbentuklah bintik hitam di dalam hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melakukan dosa bertambahlah bintik hitam pada hatinya sehingga tertutuplah seluruh hatinya. [HR Baihaqi]


maka, nk tnggu apa lg, cepat2 lh istghfar.. kembali pda jalan yg benar, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lg Maha Penyayang..  drpd hampa ketaq lutut dok pkiaq hantu bagai or takut kna marah ngan mak pak, baek la hampa jgn wat menda2 mksiat..  kerna takut pda Allah itu akn lebih hebat bergaya dan melahirkn Qudwah Hasanah dlm kehidupan.. kn berjaya namanya tu.. ;) sedaq lh..! bangkit lh..!  melawan nfsu juga jihad bukan? maka kejarlh pahala percuma itu, jom amar makruf nahi munkar..~ 





p/s: semoga sahabat2 dan rakyat d luar sana sedar bahaya nya maksiat dan bahaya nya manusia pabila malu hilang dari diri.. nauzubillah.. sama2 lh kita perbaiki diri.. apa salahnya bertekad d awal2 tahun baru masihi ini.. tiada siapa yg rugi bukan?  *peace sambil kenyit mata.. hati asek teringat kn exam.. doakn aku paper esok dan 9hb nnt last.. hukhuk.. 

Iman itu Lebih Manis Dari Gula-Gula. Nyummy!

 Assalamualaikum.. alhamdulillah syukur d atas segala rahmat dan nikmat yg d kurniakn.. masyaAllah betapa Allah masih sygkn diri ini masih d beri nkmat yg x terhingga jga mnikmati iman dan islam.. rakyat jelata juga bagaimna? masih selesa d tempat lama? atau sedang berusaha menggapai cintaNya?





pertama2 nya, aku mmg sgt kuciwa dgn dri sniri kerna x dpt hapdet blog ini dgn konstan dan jayanya sejak akhir2 ini.. arakian masa tersgt lh jelez terhadap aku.. errkk.. =.=' oh tidak.. ofkos kesalahan dan kekhilafan dari diri aku sniri yg mungkin xdpt menguruskn masa dgn baek.. astaghfirullahala'zim..
sehubungan dgn itu, x dpt d nafikn lg bahwasanya byk pengalaman dn pengajaran yg aku xdpt nk share d sebabkn kekangan2 masa yg berlaku.. T_T
wuuu xbesh ah gini.. tp xpe lh..
so.. apa yg aku nk bebel2 kali ni ialah pasal iman.. emm betapa beshnya jdik org beriman.. gitu.. adakh kalian rasa kalian dh beriman?


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]


Emm... Alkisah la aituh time g kmpus stu g, balik dh gelap.. malam2 ujan2 jln xde lmpu.. perhh mmg terbaek.. tahniah Malaysia..! [err ada bau2 politik d ctu] haa sila mklom bahawa kisah ni terjdi dlm sebuln yg lepas kot... sebab lepas kejadian tu, x bpa nk strong sgt la nk story mory.. huhu.. perhh siyes menggugat jiwa raga dan bakul mkcik jual karipap. fiuhh... malam tu kn, baru balik dri Universiti Muara Pantai kmpus satu g yg bukan dekat pntai.. hoh.. Kotak Keriangan 5 itu jarak perjalanannya tmbh tolak satu jam.. slps solat mghrib, kmi pon bertolak.. nk jdi cerita, d kala perjalanan tnggal 10-15 minit lg, satu kejadian yg telah merentap jiwa dan menjana kematangan aku yg masih kanak2 riang ria neh ttelah terjdi.. hmm2..
Ada la sekor 2 lembu nk melintas.. huhu jln gelap n bru lepas ujan mmg x adventure mna la kn. =.='

co pilot kata, "eh, ada lembu depan" lalu aku pon brek la.. mmg mengancam ah.. sipi2 nk kena perut incik lembu yg hensem bergaya tuh.. pastu terlanggar lopak cket n brek lebih yg membuatkn bunyik skreeettt dan mengejutkn segerombolan lembu2 yg sedang menjamu selera.. abeh sume lintas jln secara berjemaah.. huhu cuak glaa dh.. selepas sekelip mata [beberapa saat yg sgt sekejap] berlaku dentuman d belakang d iringi bunyi2 kaca berderai.. huhu siyes sound effect mna2 filem laen mmg xleh lawan.. Subhanallah.. Hanya Allah yg tahu betapa bagaimana hati dan pasaan aku wktu tu.. *selepas aku brek, kete blkg agak laju jga brek d iringi kete ketiga.. mnjdikn kesemua yg terlibat sbyk 3 bijik kete.. 


Firman Allah SWT yang bermaksud: "Nescaya kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian dan kepada Kamilah kamu akan dikembalikan" [Al-Anbiya':35]





Kaki menggigil dh time klua kete, org2 kampung yg terdekat suma klua g tmpat kejadian.. ya Allah.. dugaan yg bagaimna ini, terdetik d hati kekesalan yg pelbagai.. Astaghfirullah... aku hanyalh hamba marhaen yg masih mencari cari, jadi bagaimna mahu berhadapan dugaan sebegitu setenang hamba2 hebat yg laen? bagaimna nk aku gmbarkn pasaan.. aku yg menekan brek.. aku yg pegang stereng.. huu.. tapi, Allah Maha Hebat Maha Menyayangi.. walau eksiden tu menyebabkn bhgn belakang kete hancur, kete second masih oke dan masih mampu bergerak, tapi kete ketiga yg belakang agak teruk.. aku x bpa tgk detail sgt tp rasanya msti enjin pecah.. huhu.. habes teros bhgn depan tu.. MasyaAllah. akhi itu pastilh seorang yg hebat, d beri ujian bgitu.. huhu.. Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan sirius.. suasana malam tu yg suram n gelap dan dalam dugaan yg dtg, Allah jga memberi keringanan tuk aku.. byk pertolongan yg dtg, dan aku balik ke kampus dgn senior yg dtg.. Syukran smua yg terlibat membntu aku secara lgsung mhupun tdk... dan mtak maaf pda ahli2 korum kete yg aku bawak tu.. kot2 menyebabkn kalian terkezut atau trauma.. huu..  jujur dri lubuk hati aku, maaf ya.. 


"Inna Lillahi Wa Inna Illaihi Raji'un, Allahumma ajirni fi mushibati wakhluf li khairan minha" (Sesungguhnya Kami milik Allah dan akan kembali kepadaNya, ya Allah berilah pahala atas musibah ini dan tukarkanlah dengan yang lebih baik daripadanya) melainkan Allah SWT memberikan pahala dan menukarkan dengan yang lebih baik baginya." [HR. Muslim]



Ehemm.. **kof koff.. bgtulh kisahnya setelah d pendekkn.. nk cerita detail2 nnt aku mimpi plak.. hoho.. =.='
aaa apa yg cuba aku smpaikn d sini.. fahamkh kalian pda saat itu, pasaan aku sgt bercampur gaul sehingga sebati .. Persoalan2 x meced berlegar2 d fikiran.. kenapa? kenapa? dan kenapa? lpas tu incik setan tanduk mula mencucuk.. "kalau begitu" "kalau begini".. hmm2... 



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Luar biasa betul keadaan orang-orang yang beriman, semua urusannya adalah kebaikan. Tidak ada manusia yang menyamai orang yang beriman. Apabila ia beroleh kesenangan ia lalu bersyukur, maka ia mendapat balasan pahala. Apabila ia ditimpa musibah lalu ia bersabar, maka ia diberikan pahala." [HR. Muslim]


Wahai rakyat sekalian, mengertilah.. kadangkala musibah yang menimpa seseorang itu adalah amaran jika ia melakukan dosa, supaya ia tidak berterusan dalam kemaksiatannya, sedar dan insaf dan seterusnya kembali kepada ajaran Islam, yakni patuh kepada Allah. T_T airmata mengalir laju..


Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul kepada umat-umat sebelum kamu, kemudian Kami timpakan ke atas mereka penderitaan dan kemelaratan supaya mereka merendah diri." [Al-An'am: 42]


dan lg..


"Sesiapa yang dikehendaki Allah memperolehi kebaikan, mesti lebih dahulu mengalami musibah."  [HR. Bukhari]


Andai kalian berada d dalam kasut aku [baca: be in my shoes] dgn kata laen, mengalami apa yg aku rasa, pastilh akn faham.. ;) tp secara jujurnya bg diri aku sendri, kejadian ni byk mengajar aku.. dari sabar sehinggalh berfikiran positif juga mengeluarkn ibrah2 yg menusuk qalbu, aku dpt rasa kemanisan ujian itu.. terima kasih Ya Allah.. Terlalu byk nikmat yg Kau berikn padaku.. Aku bersyukur padaMu.. InsyaAllah hal kete tu akn setel x lama lg.. arakian kete second blkg aku yg meng'kiss' blkg kete yg aku drive tu dh larik pda mlm kejadian.. huhu aku xphm knapa perlu larik.. adess..walaubgaimnapun, aku da drive semula.. amek masa dlm sminggu dua jgak nk recover jiwa dan memujuk incik hati.. ho0h.. 


Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi]





p/s: Aku sedar ujian yg x seberapa ini jika d bandingkn dgn org lain yg mengalami dugaan lg hebat, tp yakinlh..! sedarlah! Andalh yg terpilih.. sesungguhnya Allah menyayangimu.. **lap2 airmata..
siyes... jgn cepat melatah, fikirlh.. dunia ini hanya jmbatan ke akhirat.. jgn terlalu memikirkn dunia sehingga terlupa akhirat menunggu.. sekali sekala ujian melanda, semoga dpt menjahit kembali saat2 yg terkoyak d kala kita lalai dan alpa dgn nikmat dunia yg sementara.. Kejarlh
cinta yg hakiki itu.. =)

Friday, December 23, 2011

Ukhuwah Fillah katakan

Assallamualaaikum.. Alhamdulillah 3x.. syukur padaNya masih d beri peluang tuk bertaubat n beribadah padaNya..


Seperti yg dpt d lihat dgn mata kasar dan bulu mata yg lentik , aku dh agak sepurnama merindu cam lagu siti nurhaliza dolu2 x hapdet blog.. huhu.. ekceli, utk pengetahuan, ada byk entry yg sedang membina empayar sawang dan setia berada d draft... aduhh asek taip x habes.. pastu terus x smbung.. =.=' itu sgt merunsingkn.. ohhh tdk istqamah lh begtu...
jadi, sgt lh logik sebenanya byk perkara yg aku nk share, walau bgaimnapun, dgn kekangan masa yg ada, aku share mna yg mampu je lh.. haaa... alkisah..


‘Sesungguhnya Allah menyukai 3 perkara untuk kamu dan mengharamkan 3 perkara untuk kamu. Dia menyukai kamu menyembahNya dan meleraikan segala perkara denganNya, kamu berpegang teguh pada tali Allah dan kamu tidak berpecah. Dan Dia tidak tidak menyukai bercakap-cakap kosong, terus-menerus bertanya, dan membazir kekayaan.’ [HR Muslim]


pada stu ketika dahulu.. [haha, ini siyes mcm buku ensiklopedia hikayat2 zaman dulu], kehkeh.. eheem2.. pada beberapa mnggu yg lepas, aku telah d beri amanah tuk in charge dlm piala boling SAHAM.. arakian pada sesiapa yg tdk mengetahui apakh mkna SAHAM yg sebenar, xpe, lama2 anda pasti tahu.. hee.. maka, kisahnya pda AJK2 pogem tersebut, yg lebih 50 % nya, berada d kmpus u aku yg stu lg.. huhu.. agak jaoh lh prjlnn andai nk berulang alik.. jd, kmi hnya berbincang, bermusyawarah, bermesra, taaruf dan sebagainya d fesbuk.. ya, tepat sekali, suma nya adalh dgn menggunakn capaian talian rangkaian intenet.. w0oahh... maju bukan?? hoho.. maka pada hari khamis, genap 2 hari sblom pogem boling tersbut, kmi pon merancang utk sama2 keluar menguruskn apa yg ptot dan ala2 last tacap [baca: touch up] .. pda hari tersebut, dpt lh aku bersemuka muka ke muka [baca: face to face] dgn beberapa org AJK.. alhamdulillah, sumanya brjln lncar walau ada sedikit kesulitan d permulaan dan tgh perjlnn kmi, tp sumanya berakhir dgn baik.. alhamdulillah...


‘Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara’


Hari sabtu merangkap hari kejadian pon tiba,.. jeng3x..
hihi... maka, saat itulh kmi suma bersua muka secara realitinya.. subhanallah.. betapa indah nya aturan Allah.. bukan sahaja kemesraan terserlah mekar, tetapi aura2 kasih sayang juga terus menyelinap d segenap ruang oksigen dlm haemoglobin.. erkk.. =.='  heh..






apa yg aku cuba smpaikn d sini, kami, walau permulaannya hnya taaruf  ringkas, bantu membantu dalam memastikn pogem yg bakal brjln ni d jlnkn dgn jayanya, juga saling nasihat menasihati, dan yg pling penting memberi semangat pada satu sama lain.. tdk ragu2 dn sentiasa bersangka baik.. akhirnya, kmi bertemu jga pada hari kejadian dan sehingga sekarang, ukhuwah ini terus segar menyinari hati2 kami.. subhanallah.. 


Dari personal experience aku, ukhuwah mmg sgt indah andai ia berteraskn Islam dan sentiasa berkasih syg hanya keranaNya.. kasih sayang terasa lain, rindu jga sntiasa menjengah.. sgt indah.. ^___^ (hati berbunga bunga orkid) siyes x dpt d gmbarkn dgn kata2.. lg2 nk taip, mmg x ah.. hihi.. x melampau jga kalau aku katakn ukhuwah persahabatan ini lebih indah dri kapel2 cintan cintun sblom nikah itu.. anda phm? ini sirius.... 





p/s: panjang betul kalau nk ckp psl ukhuwah dan kasih sayang ni.. yg pasti, kasih sayang Allah adalah hakiki..! ^_^ ukhuwah fillah suma.. ~

Saturday, November 19, 2011

Sapa Kata Orang Sabaq tu Rugi?

Assalamualaikum~ dan samat sejahtera.. ;) ape kabo iman? sehat? 
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi masih d beri kesempatan bernafas d dunia ini n opkos kesempatan utk bertaubat dan beribadah pd Nya.  =))


main point kli ni ialah sila sabar.. w0oh... aku sniri pasan yg sblom ni mmg pnah ckp pasai neh.. tp tu la kn, ckp mmg senang, taip lg laa.. hoho.. nk melaksanakn tu yg parahh tu.. haa hadoi... =.=' jadi, cmne? 

sabar ganjarannya syurga~
Dugaan n cabaran yg ciput dan smentara d dnia mampu d hadapi x laen x bkn dgn mgharapkn kenikmatan yg lbih baik dan brkekalan d syurga...
"sabarlh wahai kluarga Yasir, bgmu syurga".. agak2 adakh ini satu teka teki?? stu ucapn jumud?? b'lpas tgn dan tdk bertnggungjwb??"
ohh sudah pasti tidak! ttapi itulh iman.. iman itu percaya ataupun believe dlm bahse omputihnye, tentang adanya soal-soal ghaibiyyat yg tdk dpt dlihat oleh mata ttapi dpt drasa oleh hati.. fuhhh.. Kesannya, Yasir dn Sumayyah terkorban tnpa mndpt sebarang pembelaan mahupun gnjaran dari segi material dan fizikal... rugikh mereka?? tepuk dada jentik tlinge tnye kwn seblah.. wahaha.. err x2.. =.='
Org2 yg beriman je yg very da lucky yg boleh d ingtkn dgn sabar, sebab ape? sebab pda minda dan jiwa mereka ada keyakinan pda hari pembalasan. MasyaAllah! 






Firman Allah yg brmaksud: "Dan berilh peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu akn memberi manfaat kpd org yg beriman" 
[Al-Dhariyat 51:55] 


adapun bgitu, org yg tdk beriman or lemah imannya akn marah, rasa dsindir, dieksploitasi dan d hentak2 dgn kalimah sabar yg dpesan kpd mereka.. sifat sabar tu pesimis kh?? jeng3x... tiddak! sabar itu akn gnjarannya sorga..! Dgn keyakinan itu, penderitaan yg sdikit dn smentara d dnia mampu dhadapi kerna mgharapkn knikmatan yg lbih baik dn brkekalan d sorga... (besh kn? ^^,)  Rasulullah s.a.w yakin hakikat itu dn keyakinan itulh yg dpesan kpd family Yasir yg jga mempunyai kyakinan yg sma. Sesungguhnya pesanan itu meresap ke dlm hati kerna ia disampaikn drpd hati.. so suweettttt....~
Ketika para shbt Rasulullah s.a.w diseksa bgitu dhsyat d Makkah, tdk ada senjata yg diangkt utk melwn. Semuanya dhadapi dgn pasrah dan tawakal... bkn mkna kata mereka berputus asa, tp ini lh bukti keyakinan dlm hati.. 


Khabab bin Al-Arat berkata, "kami mengeluh di hdpn Rasulullah swktu baginda sdg bersandar di kaabah, "Apakh engkau tdk memohon pertolongan bg kami? Tidakkh engkau berdoa pd Allah utk kami?" lalu Nabi s.a.w brsabda yg brmaksud, "Dahulu seorg lelaki dtnm badannya ke dlm bumi lalu gergaji d letakkn dan kepalanya dbelah dua, namun hal itu tdk mnghalangnya drpd agamanya. Dan dsikat dgn sikat besi sehingga mengelupas daging drpd kulitnya sehingga nmpk tulangnya, namun itu tdk mnghalangnya drpd agamanya" 
[riwayat al-bukhari no.3343]


nahh... Org yg beriman akn mndpt kekuatan drpd pesan sabar. Hatinya mampu mengaitkn apa yg sdg dhadapinya dgn ketentuan Allah. oh sgt indah bgitu bukan? Apabila berlaku sesuatu musibah trhadp drinya, dia dpt mnerima dan mghadapinya dgn baik kerna mnyedari hakikat bahwasenye:

i. Yakin dpt pahala tnpa batas drpd Allah
Firman Allah yg bermaksud, "sesungguhnya hnya org yg bersabar yg dicukupkn pahala bg mereka tnpa batasan" [surah az-zumar 39:10]

ii. Mndpt berita gembira dgn rahmat dan petunjuk dri Allah
Firman Allah yg bermaksud, "dan beriknlh khabar gembira kpd org yg sabar, yg apabila mereka dtimpa musibah, mereka berkata, 'kami milik Allah dn kpdNya jua kmi dkembalikn'. Mereka itulh org yg mndpt rahmat drpd Tuhannya dan merekalh org yg mndpt petunjuk." [surah al-baqarah 2: 155-157]

iii. Diampunkn segala dosa
phm yg ujian oleh Allah tu ialh jln pembersihan trhdp dosa2 kite.. Jadi, thulh kepahitan ujian itu hakikatnya ubat kpd penyakit2 hati.. tahu? Sepertimana pesakit fizikal gmbira apabila mndpt ubat bg penyakitnya, maka bgitulh jga org yg beriman akn berasa lega apabila d uji dgn kesusahan kerna mndpt ubat kpd penyakit rohaninya... wahhhh osem!

iv. dapat masok sorga d hari akhirat kelak
Firman Allah yg brmaksud,"Dan para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dri semua pntu smbil mengucpkn keselamatan ats kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkh baiknya tmpt kesudahan itu." [surah al-ra'd 13:23-24]
Seseorg akn d uji dgn kematian ank misalnya akn d gembirakn oleh Allah menerusi jnjiNya yg d sampaikn oleh baginda Rasulullah s.a.w mafhumnya: "Jika anak seorg hamba mati, Allah berkata kpd malaikatnya, 'Engkau tlah mengambil nyawa ank drpd hambaKu?' mereka menyatakn 'ya' kemudian Allah berkata, 'Ia memujimu dn beristirja.' Maka Allah berkata, 'diriknlh sebuah rumah d syurga buat hambaKu dn beriknlh nama dgn Baitul Hamd (rmh pujian)'. " [riwayat al-tirmizi drpd abu musa al-ash'ari]

hah! Tidak syak lg, sbr adlh syarat utk mndpt kejayaan d dnia dn akhirat. kalau xdk sabar kita akn rugi, terhina, kalah dan mnderita... huhu..  Org yg tdk sabar telah melanggar hukum syaria'tullah (perintah Alah supaya b'sbr) dn jga sunnatullah (hukum yg Allah tetapkn utk mengatur alam dn kehidupan). Putus asa adlh sifat org kafir manakal tergesa-gesa adalh drpd syaitan. naudzubillah..


Imam al-syafi'i brkata,"Seandainya al-Quran hnya ada stu surah shja, ia akn mencukupi buat manusia kerna ia mengandungi sgala yg d perlukn utk manusia dn ditutup dgn sabar." surah apakh itu? itulh surah al-ashr:


Firman Allah yg bermaksud, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar2 dlm kerugian kecuali org yg beriman dn mengerjakn amal soleh dn nasihat mnasihati dgn kesabaran" [surah al-asr 103:1-3]


p/s: oraitt... itu je wat mase ni.. ohye, akumelalui mnggu2 yg sgt teruji dn subhanallah.. Allah telah permudhkn alhamdulillah... =)) nnt story mory lg.. <3 ngeee uhibbukumfillah! 

Friday, November 11, 2011

Ajaibnye hati.. maka anda pon ajaib~

Di kesempatan ini, aku nk ucapkn Selamat Hari Raya Aidiladha.. hihi x terlambat lg lh.. mkn ingat2 aaa, lg2 yg ade gout.. kehkeh.. aaa buat sahabat2 akh ukht yg berada d perantauan n x balek umah raye2 ni, sabo ye.. teruskn perjuangan menuntut ilmu,.. pengorbanan anda pasti ada hasil lumayan! ^^, 

cuti2 yg agak lame gini mmg mencabar minda btol lh.. otak agk sedikit TERbeku.. huhu.. jd, d sebab itu, kne refresh incik iman yg hensem macho ini.. cikidout>>

Antara ‘keajaiban’ hati yang aku temui ialah senangnye berubah.. sesuke hati je.. 
Boleh jadi dalam 5 minit, hati kite dpt berubah daripada cinta menjadi benci, atau sebaliknya.. x d nafikn daripada benci menjadi simpati. w0oahh..

Maka barangsiapa yang tujuan dakwahnya selalu ingin mendapatkan hati manusia, maka dia telah memulakan pekerjaan yang melelahkan bagi jiwanya. kenapa melelahkn jiwa?

Renungkanlah firman Allah s.w.t.:

لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الأَرْضِ جَمِيعاً مَّا أَلَّفَتْ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَـكِنَّ اللّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ

“Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.”
[al-Anfal : 63]


Allah telah menyatakan bahawa tidak mungkin untuk mendapatkan redha seluruh manusia. Maka janganlah membebani diri untuk selalu mengejarnya, bahkan menjadikannya dalam dakwah sebagai tujuan utama. Sungguh, mencari redha manusia adalah pekerjaan yang sia-sia.

Imam asy-Syafi’e pernah berkata:
“Keredhaan manusia adalah suatu yang sulit dicapai, maka hendaklah engkau memperbaiki dirimu dan kerjakanlah dengan sungguh-sungguh, kerana tiada jalan membuat seluruh manusia redha terhadapmu.”
[Hilyatul Auliya': 9/122]


“Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia.”
[HR Imam at-Tirmidzi]


p/s: same2lh kite terus istqamah n refresh iman sentiasa.. =) x rugi ape pon kalo saling sayang menyayangi.. sape la kite ni nk benci2 org laen.. bersangka baek kn lebih bagus.. ^^,